"I want to write about silence, the things people don't say"

Absolute

Mataku melirik ke arah jam.
Tajam.

Jarum baru menunjukkan pukul 10.30 malam tetapi kelas itu sudah pun hening, lengang
tanpa orang.

Aku meluru ke arah seseorang yang sedang mengemas buku bukunya di atas meja,
seakan akan mahu pulang.

“Awal balik?” soalku sinis, “Tak takut kena marah?”

Dia menghela nafas.
Panjang.

“Syiar Allah pun ramai antara
kita yang senang senang langgar, kenapa peraturan manusia kita
boleh fikir dua tiga kali sebelum buat apa apa?”

Menggalas beg menuju ke luar,
dia meninggalkan aku terpinga pinga,
dengan kata katanya terngiang ngiang dalam kepala.

No comments:

Post a Comment