“Kamu nak tahu sesuatu?”
Soal ustaz penuh lewa,
matanya digam pada lantai.
“Hidup ni tak pernah adil.
Tak semua orang akan dapat recognition dia deserve,
tak semua orang akan dapat credit atas apa dia usaha.”
“Contoh paling dekat adalah kelas kamu.
Semua orang bersihkan, hias penat penat dan bila menang,
presiden kelas seorang pergi ambil hadiah.
Kamu buat kerja bertungkus lumus, bersusah payah,
tetapi kenapa dia yang tolongnya sikit, kerjanya mengarah,
jadi wakil, sedang hati kamu seperti ditarah-tarah?
Cikgu yang ajar kamu sampai kadang kadang fikiran dia serabut
bila kamu berjaya kenapa nama kamu sahaja disebut sebut?
Kita buat kerja komuniti
tetapi kenapa yang masuk tivi
hanya orang besar, menteri menteri?”
Beliau melepaskan beberapa siri keluhan.
Berat.
“Dan hidup ini mula adil
bila kamu dapat terima kenyataan”
No comments:
Post a Comment